20 April 2008

Paper Clip Tutorial

This tutorial will be held in Bahasa Melayu.
Atas permintaan Manggis, marilah kita mulakan kelas kita.
Bahan-bahan yang diperlukan
Paper clips, glue dot , chipboard, trim, brilliance ink, double sided tape, cardstock, stamp, green ink, shape punch.

1. Tebuk chipboard menggunakan punch shape. Jika anda tidak mempunya punch shape, lukis dan potong menggunakan gunting. Proses ini agak rumit jika menggunakan gunting tapi pastinya objek yang dilukis agak besar dan tidak rumit untuk digunting. Chipboard yang digunakan di atas ialah dari sampul courier service.


2. Bagi yang amat mementingkan acid free dalam setiap produk yang digunakan, spray chipboard tersebut menggunakan Krylon Make It Acid Free.
3. Ink chipboard tadi menggunakan Brilliance Galaxy Gold. Maaf mutu gambar kurang jelas.
4. Potong trims dan lekatkan di atas chipboard tadi menggunakan glue dot untuk dimensi.
5. Stamp bunga di atas cardstock. Gunting setiap satu bunga-bunga tersebut.
6. Lekatkan chipboard di atas cardstock.
7. Pastikan paper clip pada kedudukan yang betul. 8. Tampal double sided tape di atas paper clip.
9. Gunakan kertas scrap dan tampal bahagian belakangnya. Tambah sedikit personal touch.
10. Dah siap.
Tutorial ini hanya dari hasil kerja di atas saja, anda boleh mengexploitasi mengikut kreativiti.

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah

Setem


Trims Chipboard


dan pelbagai lagi bahan-bahan yang mudah didapati di rumah anda. Jika anda seorang pelukis, apa kata lukis saja di atas kertas dan tampal di atas cardstock sebagai pelapik dan tampal saja paper clip di belakangnya. Selamat mencuba.
Oh! Ini tutorial saya yang pertama.

ps- Im going to prepare a few more paper clips and will open for swap. tunggu.....

9 comments:

Anonymous said...

kewl blog! keep on crafting~
cima

Mutawwifah Maisarah said...

halo ida.

wah, bagus tutorial ini. terima kasih. very helpful. ada masa terluang pasti saya akan cuba!

Ida Karim said...

ok ke? Tak berapa pandai nak mengajar ni.

Mutawwifah Maisarah said...

ok!...bagus sekali!! perkara yang saya wonder sangat tu ialah bagaimana melekatkan bahagian belakang dgn klip tu. sekarang, dah terjawap dengan jelas!!

Anonymous said...

tahniah ida.. dah berjaya dengan tutorial yang pertama..lepas ni boleh buat utuk yang lain pulak !!

Ida Karim said...

Thanks Manggis dan BB. Insyallah ilmu akan dikongsi bila ada kelapangan.

abc said...

kiuttt...nanti boleh try plak..

Elara said...

Thanks for the tutorial. Lepas ni, saya pulak nak cuba. I'll link back to this post for sure! :)

Elara said...

Hi Kak Ida, I've made my own altered paper clips. Here's the link, dan saya dah link back dgn tutorial Kak Ida ni. =) Kalau ada org request, saya translate ke English ye?

http://craftnswap.blogspot.com/2008/05/altered-paper-clips-may-blog-giveaway.html