Thursday, November 5, 2009

Dinner...........

Mee kuning beli dari orang kampung Negeri Sembilan masih ada lagi dalam peti ais, nak buat apa la plak? google la cari resepi Mee Kari Nyonya....

Adus panjang-panjang la plak resepi korang ni, aku ada masa dlm sejam je nak memasak....kalau dpt masak 1/2 jam lagi bagus....mmm ada pun resepi yang simple. Aku print,highlight barang2 yg nak dibeli n simpan dalam hangbag sat lagi masa ambil anak2 boleh beli dekat kedai bahan-bahan tu.

Setengah jam di dapur tadi dah inilah hasilnya, bukan saja nampak sedap tapi memang sedap. Aku tak puji masakan aku tapi aku puji kepada pemberi resepi. Thanks ya Onigiri di my resepi.


Nak tidur sebab dah kenyang....


ha???..la ada yg nak ke resepi ni...aku dah ubah sikit2..yang warna kuning tu aku ubah n tambah...pergilah buat...jimat pun jimat

(source http://www.myresipi.com/top/print_detail/3766)

Bahan-bahan ( Uhttp://www.myresipi.com/top/print_detail/3766ntuk 4 orang Makan )

  • 1 kilo mee kuning
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • beberapa tangkai daun kesum
  • sedikit daun kari
  • satu paket Fish ball
  • 3 cawan santancair
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ekor ayam di cincang kasar
  • sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.
  • udang
  • tauhu bulat (yg siap goreng tu..aku x tahulah apa nama dia)

Cara-cara

  1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. serbuk kari dibuat pes dengan mencampurkan cili kisar dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball,udang,tauhu bulat . kacau sentiasa.
  4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu. aku x pakai gula
  5. rebus telur, celur sawi, mee kuning dan taugeh sebagai pelengkap mee kari nyonya. rasa mee kari ni mmg lain dr yang lain dan tak muak bila memakannya. boleh juga ditabur sedikt bawang goreng. Selamat mencuba.

Wednesday, November 4, 2009

Weight Watcher

Sudah beberapa hari aku asyik googling utk mencari info mengenai Weight Watchers.
Hajat hati nak join online Weight Watcher tapi aku terjumpa pula banyak info-info yang mungkin akan menjimatkan duit.

Secara amnya weight watcher ni aku pernah cuba cuma versi klinik Malaysia punya, doctor bagi aku buku dengan senarai makanan yang aku boleh makan mengikut point. Contohnya point aku ialah 20 untuk sehari so aku cuma boleh makan makanan yang mengandungi 20 point saja.


Pada yang berminat bolehla cuba step ni….
Step to be taken :-

Kira berapa point kita dibenarkan untuk makan dalam satu hari.
(Cara untuk mengira aku copy dari yahoo answer )

"1. Are you female?- score 2 Male?- score 8 A nursing mom?- score 12

2. How old are you? 17-26- score 4 27-37- score 3 38-47- score 2 48-58- score 1 over 58- score 0

3.What do you weigh? Enter the first two digits of your weight in pounds. (for example, if you weight 199, you will add 19 to your score)

4. How tall are you? Under 5’1- score 0 5’1-5’10- score 1 Over 5’10- score 2

5. How do you spend most of your day? Sitting down? score 0 Occasionally sitting? score 2 Walking most of the time? score 4 Doing physically hard work most of the time? score

6 Now add them all together and that’s your daily total."

XX Jumlah ini adalah point yang aku boleh makan setiap hari tapi ada tambahan 35 point dalam seminggu, maksudnya dalam sehari aku boleh makan xx point + 5 point atau boleh juga redeem point tersebut dalam mana-mana hari asalkan dalam masa 7 hari. Kwim?


Bila dah tahu individu point, kena tahu pula berapa point dalam setiap hidangan. Ada banyak website untuk kita semak jumlah point dalam setiap hidangan, Cuma google saja. Untuk permulaan aku jumpa website ni http://quiddity.cc/rachel/diet/wwfoods.htm

Senaraikan aktiviti anda. (part ni aku tak berapa paham sangat nantilah aku akan update kemudian) Kita kena ada 20-25 aktiviti point dalam seminggu, camna nak kira? Tengok sini http://www.meganandjack.com/points_calculator.htm
Tapi aku dah decide nak buat light exercise, then baru start berat-berat..jogging and aerobic kat opis aku ni ha…then kena ringan2 tulang lagi mengemas rumah sebersih-bersihnya.


Kalau boleh buatla group so kita boleh bincang sama, timbang setiap minggu, and belajar resepi2 baru.


Kalau nak senang google saja resepi untuk weight watcher…berlambak-lambak link sedia untuk diterokai….

Good Luck for me..and if you’re interested good luck to you…..
(If you form a group let me know, nak join sekali)

Monday, November 2, 2009

Weight issue

Im having a weight issue, blouses I bought recently cant fit me anymore.
Aerobic, jogging, weight watcher and what other choice we have?????

Im so down right now....

Wednesday, October 28, 2009

Ungrateful

I bought this...but why I dont feel excited anymore.
I love this..but maybe I dont have time to play with it
This I waiting for so long
I should do something bout this...

This what I call my Mr D

Monday, October 26, 2009

Hujung minggu

Isnin yang indah, aku cuba melalui hidup yang lebih mudah. Blog ini akan menjadi lebih personal dan tidak hanya tertumpu kepada hobi sahaja.

Hujung minggu lepas aku masih lagi merancang menjadikan rumah kami se’minimalist’ yang mungkin kerana aku tidak mahu lagi membazirkan masa, tenaga dan wang dengan benda-benda yang tidak perlu.
Kalau sudah banyak barang maka habuk pun banyak, dah aku punya masa terhad di rumah. Malu kalau orang datang rumah berhabuk-habuk. Tapi aku lakukan bukan untuk orang tapi untuk keselesaan sekeluarga dan untuk kesihatan Irees. Semenjak dia kena bronkolitis ni aku menjadi amat cerewet.

Apa yang aku buat :
1. Kemas satu sudut buat satu masa contohnya almari solek.
2. Sediakan 4 kotak dan labelkan – simpan,buang,sedekah,belum pasti
3. Longgokkan semua barang-barang dari meja solek
4. Bahagikan barang-barang tersebut dalam 4 kotak tadi
5. Kotak simpan – barang-barang yang digunakan setiap hari
6. Kotak buang dan sedekah bolehla diuruskan terus, boleh juga letak dalam kotak-kotak charity/recycle sekitar kediaman
7. Kotak belum pasti labelkan dengan tarikh dan simpan, jika selepas 6 bulan tidak juga guna maka sedekahkan kepada yang lebih memerlukan.

Lepas dah buat semua ni dekat meja solek aku rasa LEGANYA…barang kurang dan tidak menyemakkan mata. Cubalah….
Patutnya aku ambil gambar sebelum dah selepas…lupa pulak.

Friday, October 23, 2009

Bandung Soda

One of my fav drinks during Ramadhan.
Found this recipe somewhere ....

10ml susu pekat manis
10ml aiskrim soda
10ml air suam
1 sude teh pewarna ros

- bancuh susu + air soda + air suam
- tarik hingga berbuih
- masukkan ais
- campur pewarna ros diatasnya

Thursday, October 22, 2009

Print online

http://www.eoe.com.my offering special print promotions
4R print @ RM0.30 each
5R print @ RM0.50 each
No additional charges
No minimum quantity
required
Free delivery for orders
RM35.00 and above

Why wait...I dont want to wait any longer...a ton of photos to process....woohoooo

Wednesday, October 21, 2009

how bout

Im thinking to do something bout this blog, I havent scrap much lately but I do a lot of other things. Might update here as well.... might change the language as well...maybe just mix the languange and topic and do what so ever I like....still thinking...

Rasanya confirm jela tukar jela apa2 yg patut dalam ni...aku tak kisahla...dari biar blog ni bersawang...baik aku update apa2 aje....

Tuesday, September 29, 2009

Playing with new toy



Friday, August 28, 2009

Holla...

What can I say...I miss this world so much but with all demanding things happen around, hard for me to cope....sigh!
I left again with this link do check it with a bunch of inspirations

http://www.chroniclebooks.com/blog/

Lovely Awards

 
3 Columns Blogger Template by Amanda at BloggerBuster