14 November 2010

Bandung 2 - Rumah Mode

Rumah Mode.
Sampai saja kami terus ke Rumah Mode, plan asal nak tempah langsir di Jalan Alkateri tidak menjadi sebab faktor2 luggage. Takut terlebih berat. Khabarnya Rumah Mode ni busy on weekend , since sampai hari Jumaat kami terus singgah sini. Masa sampai sini tak banyak membeli sebab masih blur dengan currency lagi, mata pun mamai. My friend cakap I jetlag...kelakar gak kan baru 1 jam beza masa dah jet lag. Time ni hujan rintik, tapi excited punya pasal ambil jela gambar walau hujan.

Hari Isnin, repeat shopping di sini. Last minutes sebelum balik Malaysia. Time ni baru terbuka mata dah. Banyak beli baju kerja for me and hubby di sini. Banyak juga pilihan size untuk orang2 comel cam ai ni. Brand tempatan Minimal banyak menjadi pilihan kami di sini.
Nampak patung ni pakai macam cantik saja, terus masuk dalam dan cari. Kali kedua di sini susunan dah lain. Stock pun yang lain. Agaknya masa weekend kena serbu. Kalau weekend dia akan bagi paper bag tapi kalau weekday cuma plastic bag. Lepas dah puas shopping sementara nak tunggu pukul 1 dan bertolak ke airport kami bersantai lagi di Java Bean cafe, hari pertama sampai kami dah cuba pizzanya. Maka hari terakhir pun makan juga pizza yang sama. Pembuka dan penutup dengan pizza. Pizza ni nipis dan garing walaupun dah sejuk. 
 Masa hari pertama sampai, excited.
Gambar2 bawah ni antara yang terdapat di Rumah Mode. Area sini memang sesuai untuk family, mak boleh shopping dan lelain tu boleh lepak di beberapa cafe yang terdapat di sini. Enjoy the pics.



 Last day grab....





 antara cafe n label yang ada di rumah Mode. Bumbu Desa pun ada, tak perasan pun hehe bila tengok gambar ni baru nampak. BTW Bumbu Desa dah ada di KLCC.


My friend suka sangat Somay tu, sorang2 je dia makan. tup2 nak ambil gambar dah licin......

Tips -
1. baju-baju di Rumah Mode tiada di FO yang lain.
2. watch out fake item, berlambak2 di FO di sini. Kena pandai menelek :D
3. local brand - Minimal.....cantik designnya
4. . Sediakan siap-siap currency converter table, senang nak shopping. Contoh kami punya. Laminate sendiri takut hancur.
Rupiah MYR Rupiah MYR
10,000 3.50 150,000 52.50
15,000 5.25 200,000 70.00
20,000 7.00 250,000 87.50
25,000 8.75 300,000 105.00
30,000 10.50 350,000 122.50
35,000 12.25 400,000 140.00
40,000 14.00 450,000 157.50
45,000 15.75 500,000 175.00
50,000 17.50 550,000 192.50
55,000 19.25 600,000 210.00
60,000 21.00 650,000 227.50
65,000 22.75 700,000 245.00
70,000 24.50 750,000 262.50
75,000 26.25 800,000 280.00
80,000 28.00 850,000 297.50
85,000 29.75 900,000 315.00
90,000 31.50 950,000 332.50
95,000 33.25 1,000,000 350.00
100,000 35.00 1,050,000 367.50 


Posted by Picasa

No comments: