23 June 2007

3rd online crop

My mentor
Mine

Korang rasa benci tak Ida ngada2 edit gambar tu? he he den segan la pulak tetiba muka nampak clear kalau blur2 tu ok lah....layan jela.

19 June 2007

Scrapbook forum

Syukur, akhirnya dapat juga Ida setup online scrapbook forum yang pertama di Malaysia. Forum ini khas untuk scrapbookers meneroka dunia scrapbook....
So korang kenalah daftar ye.... ada masalah korang shout je kat blog ni....
Skrg ni tak banyak lagi data tapi akan diupdate dari masa ke semasa.... opsy! Jangan lupa jumaat ni ada lagi online crop dari my mentor....... Banyak aktiviti akan diadakan di forum ini dan mungkin kalau dah ramai Ida akan introduce RAK, SWAP, Circle Journaling. PIF dan sebagainya......................jom register.

http://lovescrap.8.forumer.com

17 June 2007

Walk with me daddy

Layout yang Ida siapkan masa online crop hosted by Far. Seronok cuma barang2 x cukup lagipun tenaga tak cukup malam tu nak siapkan. Maaf ye kengkawan. Oklah ni dia,
Minta tolong Ireen tulis journaling tu untuk add personal touch.

15 June 2007

Happy Birthday Far


Sorry Far, last minute dpt tahu birthday you...ni je sempat buat.
Semoga gembira selalu and enjoy life!

Father's Day Card

Semenjak buat scrapbook ni , dah tak main dah beli2 kad. Semua handmade. Ni percubaan pertama buat kad father's day, bukan Ida punya tapi buat untuk kawan. Saja suka-suka sebab untuk my DH malam ni baru nak start buat....Surprise !!!


13 June 2007

Spirited Scrap 2 - Father's Day

Kepada sesape yang teringin nak joint, kali ni Far akan jadi host untuk 2nd SS.
Woit janganla risau semua dijemput untuk buat sekali tak kiralah korang buat in silent ke apa (ye la tahula malu tapi kalau korang menonjolkan diri lagi banyak tips yang akan dpt dikongsi)

Details

Jumaat, 10 malam bertempat di SKAC at forum.cari.com
Host : Far
Tema : Father's Day (even kalau dah takde pun boleh buat juga sebagai kenangan untuk generasi kita betapa abah kita penting buat kita semua)

Sediakan barang2 berikut................................

2 keping pattern paper
1 cardstock yang match dengan pattern paper
1 tag saiz sederhana bulat atau 4 segi korang pilihla sendiri
sekurang2nya 2 keping gambar (Ida x sure size sebab far x bagitahu so pandai2 la ye)
Button (Far suruh korang pergi potong button kat mana2 baju yang x pakai )

Ok tak? korang joint la.....best woo....

List updated by Far as at 14th June
1) bazzill cardstock saiz 12 x 12
2) 2 cardstock lagi tapi hanya untuk matting dan label tepi gambar.
3) Gambar sekeping atau 2
4) Sekeping pattern paper
5) Tag bulat lagi elok..
6) Fonts (me guna sticker fonts)
7) Brad kalau tak da takpa guna gam
8) Buttons (option)
9) gam, gunting

12 June 2007

Father's Day

Korang (he he dah malas nak formal sangat dalam blog ni cam budak sekolah je) ok tak? Kalau x ok kena tukar balik kepada formal...ngeh ngeh ngeh.

Hari Abah, Hari Bapa, Hari Papa dan Hari Daddy ahad ni. Korang dah buat apa? Jelly dah siap dengan layout dia. Korang camna pulak. Dalam dok sibuk2 tanya orang, diri sendiri tak buat apa2 lagi. Sama ada korang nak bagi hadiah kecil, besar, murah atau mahal pastikan ada sedikit sentuhan. Camna? senang je buat la kad sendiri ataupun scrapbook about father's day.
Kalau korang nak buat kad kat sini tadi terjumpa website yang bagi banyak info pasal cardmaking http://www.making-greeting-cards.com

11 June 2007

Streamline Your Scrapbooking

  1. Get organized! - susun gambar mengikut tarikh atau tema. Ambil masa anda untuk menyusun gambar, seminggu atau dua. Kemudian kekalkan sistem yang telah anda susun untuk gambar2 yang baru. Jangan lupa untuk digital photo, pastikan anda membuat salinan di dalam cd. Anda tidak mahu menyesal kemudian hari bukan? Susun kertas, pen dan embellishments mengikut tema dan warna. Pastikan peralatan yang selalu digunakan diletakkan di tempat yang senang diambil.
  2. Pilih gambar - Rancang layout dengan memilih gambar yang berkaitan dengan topik pilihan anda. Contohnya jika memilih tema harijadi, bahagikan gambar kepada beberapa bahagian seperti tetamu, hadiah, game dan kek. Buat pilihan gambar mana yang akan menjadi focal point dan yang mana perlu dipotong atau dibesarkan.
  3. Write journaling- menulis journal pada peringkat awal akan memberikan anda idea dan mood dalam layout. Ini akan memudahkan anda memilih design dan produk dengan lebih mudah. Apabila jurnal telah siap, anda akan mendapat mengagak ruang yang diperlukan untuk meletakkan text dalam layout. Tentukan tajuk bagi setiap jurnal anda.
  4. Choose papers - Pilih 2-3 cardstock untuk base, matting dan small accents seperti photo corner (tak perlu belikan? jinat $ ) Kemudian pilih pattern paper untuk match dengan cs.
  5. Find accents - Pilih accents yang sesuai dengan layout. Cuba gunakan apa yang anda telah ada. Alter dengan menggunakan ink, paint, sanding, rub on dan sebagainya. Guna accents untuk menyerlahkan layout anda.
  6. Design- sediakan satu buku sketch, simpan sketch yang menarik untuk layout anda. Sketch terdiri daripada photos, journaling, title & accents.
  7. Finalize photos & journaling - setelah selesai step 6, pergi balik kepada gambar dan jurnal. Rasa ok atau nak modify? Sketch sesuai tak dgn gambar dan jurnal? Buat pilihan anda kemudian potong gambar dan buat page title.
  8. Assemble the pages - siap!

07 June 2007

My fav scraprooms from 2 peas





by Samantha Walker




by branbaucum


by 1happycuts






Simple and organized by Kelly Bryan



and my fav. among all by Mychelle1977








noticed how she store embellishments according color.

This is mine, how about you?

05 June 2007

What to stock up?




Cuba tips ini :-


50% cardstock (pastikan anda stock up semua warna)

25% tools

15% pattern paper

10% embellishments





01 June 2007

Basic Spirited Scrap - Step 7

Sekarang serlahkan kreativiti anda.


Tambah apa jua embellishments kesukaan anda.
- punch shape dan tampal di layout anda.
- tulis journaling di bawah gambar jika suka
- tambah ribbon jika suka


Dan jangan lupa post layout anda di sini!


Basic Spirited Scrap - Step 6

-Tulis atau print tajuk layout anda di atas cardstock. Jangan besar sangat. Memadai setakat size 18.


- Pastikan setiap patah perkataan dijarakkan dalam 1cm sebab kita akan potong perkataan ini satu persatu nanti.


- Potong tajuk anda satu persatu.



- Ink/sand/paint/chalk sisi kertas cardstock tajuk ini jika suka.


- Tampal seperti berikut



Basic Spirited Scrap - Step 5



Tampal photo seperti berikut... kalau guna dua gambar susun kiri dan kanan adjust jika perlu.




Basic Spirited Scrap - Step 4

Ada dua pilihan dalam step ini. Cuma pilih salah satu.



1. Matting photo
- ambil sekeping cardstock baru.
- tampal photo di atas cardstock
- pastikan jarak antara cardstock dan photo dalam 1/2 inci. Ukur dan tandakan border dengan pensil.
- kemudian potong cardstock tadi. Siap



2. Sanding photo
- ambil kertas pasir dan kikis bahagian tepi photo sehingga nampak putih.




Selepas siap matting atau sanding, ikat photo anda menggunakan ribbon seperti berikut.














simpul ribbon seperti gambar
letakkan ribbon di atas gambar, posisi terserah kepada anda. Nak letak atas atau bawah gambar. Ida letak di bawah gambar.
bahagian belajang gambar, potong lebihan ribbon.




Siap




















Basic Spirited Scrap - Step 3

- Tampal 3 keping pattern paper tadi di atas cardstock secara menegak
- 1" dari kiri cardstock
- susun seperti gambar

Basic Spirited Scrap - Step 2

Dah sedia untuk 2nd step?







- ink/sand/paint/chalk sisi pattern paper yang telah dipotong tadi.







tips * boleh juga gunakan watercolor untuk proses ini.







- skip step ini jika anda tidak mempunyai peralatan.

Basic Spirited Scrap - Step1

Welcome to my very first Spirited Scrap... Thank You for coming out to play!


Semua dah sedia? Anak-anak dah tidur? Ok lets kicking!
(Far, Good Morning!)




* kalau kawan2 tak mau ikut exactly macam Ida ajar pun boleh. Terserah kepada kreativiti masing2.
* Ida cuba sedaya-upaya memberi penerangan yang jelas dan jawab soalan2 kawan sepanjang SS berlangsung.
* tak sabar untuk lihat hasil dari SS ini.
* SS akan berlangsung serentak di forum cari dan di blog ini.




Ida plan layout ini untuk fit size 12x12, tapi size lain pun boleh cuma kawan2 kena reduce measurement yang Ida berikan.




Dan sedia, jom kita mula dengan step1.




-Potong pattern paper 1" lebar dan 10 1/2" panjang sebanyak 3 keping.

-Kawan2 boleh guna satu, dua atau 3 jenis pattern paper.

-Dalam gambar ini Ida guna 2 jenis pattern paper.






Kalau dah sudah sila reply 'Done' . Sebarang soalan?