08 May 2007

Peralatan untuk scrapbook.

Memandangkan ramai yang bertanya apakah peralatan yang diperlukan untuk memulakan scrapbook, Ida cuba susun dan dapatkan gambar-gambar khas untuk pendatang baru dalam arena scrapbook khas dari bilik scrapbook Ida. Harap dengan infomasi ini dapat memudahkan kawan-kawan yang hendak memulakan hobi ini. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-silu untuk bertanya...tiada siapa yang rugi melainkan anda sendiri :D

1. Gunting - cari saiz yang sesuai untuk gunting kertas (muncung agak tirus) dan banyak terdapat di kedai buku dan alatulis.

2. Gam - pilih yang tulis acid free atau 'photo safe'. Di Malaysia agak sukar mendapatkan gam dalam bentuk roller dengan harga yang murah. Ida guna jenama Tombo, antara yang termurah tapi bukan murah kerana harganya dalam belasan ringgit.

3. Craft knife atau blade - Pisau ni ada sekali dalam Making Memories Deluxe Tools , di kedai-kedai biasa juga ada menjual craft knife dalam sekitar harga rm10 ke atas. Craft Knife ini sesuai untuk memotong bentuk-bentuk seperti alphabet dan pelbagai motif, tapi Ida terketar-ketar pakai pisau ni sebab susah juga nak potong bentuk-bentuk serong. Masa ni terfikir pada pembuat wau betapa kuat dan berseninya tangan mereka dalam proses pemotongan dan ini pengetahuan kawan-kawan dulu mereka hanya menggunakan pisau kecil sahaja untuk memotong, tak dapat Ida nak bayangkan. 4. Cutting mat - harga dari RM15 ke atas dan ada pelbagai size. Sekarang Ida jarang menggunakan cutting mat kecuali untuk melapik setiap kali buat scrapbook memandangkan banyak proses memotong Ida gunakan paper trimmer.


4. Cardstock (acid free) - terdapat pelbagai jenama di pasaran tapi yang selalu scrapbookers guna ialah Bazzill cardstock sebab card dia mempunya perlbagai tekstur dan warna yang menarik. Hendak tahu rahsia jimatkan duit? Gunakan bahagian depan dan belakang, dan anda dapat jimat sehelai kertas.





5. Pattern paper (acid free) - terdapat pelbagai jenama di pasaran bergantung kepada citarasa anda. Basic Grey, S.E.I, Autum Leave, American Crafts dan pelbagai lagi jenama untuk dipilih. Saranan Ida beli bila hendak pakai sahaja melainkan anda mempunya duit lebih.




6. Pen (acid free) - untuk penulisan ataupun boleh juga guna print out dari computer (print di atas cardstock anda)

8. Album - terpulang kepada anda saiz yang hendak digunakan cuma pastikan ianya acid free.

9. Yang terakhir dan paling penting sekali ialah GAMBAR anda.

Itu saja? Ya itu saja. Jangan terlalu boros berbelanja melainkan anda memang mampu, hapuskan tanggapan orang bahawa scrapbook untuk orang berada saja. Scrapbook ialah untuk semua lapisan masyarakat yang ingin mengabadikan kenangan untuk generasi akan datang ,untuk dijadikan hadiah atau untuk tujuan lain terserah kepada anda. Tiada peraturan dalam scrapbook cuma terserah kepada daya kreativiti anda. Semoga panduan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang baru hendak bermula.

Jika anda mampu dan mahukan lebih lagi peralatan, Ida akan sambung bahagian 2 di mana banyak embellishments akan dibincangkan.

No comments: