Buat ibu yang sanggup berkorban harta dan nyawa, jasamu tidak mampu ku balas. Kasih sayangmu bagai air yang mengalir tanpa henti, tanpa jemu. Jasamu dicurahkan tanpa mengharapkan balasan.
Kaulah hartaku yang tidak ternilai kerana tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ibu, semoga kau tabah dan sihat sentiasa.
Ku abdikan kasih sayangku buatmu pertama kalinya dalam hasil seniku.
Buat semua kawan-kawan (ye andalah yang sedang membaca ini), kalau anda seorang Ibu ...jadilah ibu yang baik buat anak-anak anda. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan sentiasa menyambut hari ibu ini bukan hanya pada hari tertentu. Al-fatihah buat ibu-ibu yang telah pergi meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment