29 May 2007

Spirited Scraps

Tarikh : 2.6.2007

Masa : 10 malam


Basic 101 - Spirited Scraps


Will updates the list of supplies by today.

Ida start posting 10 malam you all can start paling lewat 10.30malam.

1. 1 keping 12x12 cardstock (untuk base)
2. 1-2 pattern paper
3. 1 keping cardstock untuk journaling dan embellishments
4. 1 pen untuk journaling dan doddling (hitam atau putih)
5. Ink/sand paper atau aryclic paint - tak nak pun takpe
6. 1 photo 5x7 atau 2 keping 4r photos
7. Ribbon

Tools
1. Gunting/ trimmer
2. Pembaris
3. Pensil
4. Gam

*** Sila beri ym anda atau invite Ida . My ym : mizzysu ***

26 May 2007

Online crop

Calling all scrapbookers!!!!!! he he he.......

Jom kita buat online crop.
Idea asal nak buat dengan Gucci since dia asyik sibuk je :D , Ida plan nak buat macamni tapi kalau ada idea yg lebih baik lagi bagus.

1. Set masa & tarikh yang sesuai
2. Sediakan bahan2 mengikut tema
3. Kita buat online crop pada masa dan tarikh yang ditetapkan dan kita boleh berhubung melalui blog ini, forum cari ataupun ym.

Ada yang berminat?

Senarai nama setakat ini:-
1. Ida
2. Gucci
3. Masliana
4. Azwa
5. Far
6. Jelly?
7. 54


sesiapa lagi???

23 May 2007

Gilmores no more !


Sad moment for me. Sorry girls for posting something different from scrapbook. I can't handle it.

Song's name:Where You Lead
Lyrics and Music: Toni Stern and Carole King
Wanting you tha way I do
I only want to be with you
And I would go to the ends of the earth
Cause, darling, to me that's you're worth
Where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead
If you're out on the road
Feeling lonely, and so cold
All you have to do is call my name
And I'll be there in the next train
Where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead
I always wanted a real home with flowers on the window sill
But if you want to live in New York city, honey, you know I will
I never thought I could get satisfaction from just one man
But if anyone can keep me happy, you're the one who can
And where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead
Gilmore Girls - RIP

20 May 2007

Colour Blocking Layout

Layout ini menggunakan teknik 'colour blocking' . Title tu agak buruk sikit sebab buat sendiri. Dah lama tak buat title macam tu, last sekali masa zaman sekolah. Time tu cantik la tapi sekarang....keh keh keh.....kelakar habis. This is the best part bila buat scrapbook, ia tidak semestinya sempurna, personal touch kekadang tu buat kita gelak sendiri macam title tu. Tip kedua ialah kalau kita ada banyak gambar dan tak tahu macamana nak buat, cuba campurkan gambar yang mempunya tema yang sama walaupun pada tarikh atau tahun yang berlainan. Layout di atas adalah hasil gabungan 4 tahun dan 4 tempat yang berbeza tetapi tema yang sama.
Cubalah.....Happy Scrapping.

18 May 2007

Untitle


Source : Bazzill cardstock, ribbon, Making memories flower brads, Foofala pp, Chatterbox Olive Orchard Blossom PP, acid free pen for journaling .

17 May 2007

Great tips for you. Must read!

I found a great tips and love to share it with all of you.

Acronym for S.C.R.A.P

S= Select your photos
C= Choose your cardstock colors
R= Render photo mats
A= Add title and journaling
P= Place embellishments

Your know what it all about? It is a basic of scrapbooking.
Happy scrapping!

13 May 2007

Selamat Hari Ibu

Buat ibu yang sanggup berkorban harta dan nyawa, jasamu tidak mampu ku balas. Kasih sayangmu bagai air yang mengalir tanpa henti, tanpa jemu. Jasamu dicurahkan tanpa mengharapkan balasan.

Kaulah hartaku yang tidak ternilai kerana tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ibu, semoga kau tabah dan sihat sentiasa.



Ku abdikan kasih sayangku buatmu pertama kalinya dalam hasil seniku.






Buat semua kawan-kawan (ye andalah yang sedang membaca ini), kalau anda seorang Ibu ...jadilah ibu yang baik buat anak-anak anda. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan sentiasa menyambut hari ibu ini bukan hanya pada hari tertentu. Al-fatihah buat ibu-ibu yang telah pergi meninggalkan kita.

Base for layout

Cara menyimpan layout yang mengandung 100% pattern paper base di dalam album.

Masa mula-mula buat scrapbook, Ida selalu keliru penggunaan cardstock dan pattern paper. Selalunya penggunaan cardstock ialah sebagai base dan matting. Manakala pattern paper digunakan untuk embellishment.

Tetapi perlu ingat, tiada yang salah dan betul dalam scrapbook dan jangan membataskan kreativiti anda. Kalau anda rasa sayang untuk memotong pattern paper dan ingin menjimatkan cardstock anda apa kata cuba apa yang Ida telah buat sebelum ini.
Layout pertama menggunakan 100% pattern paper, memandangkan pattern paper ini agak lembut, Ida menggunakan 2nd layout yang mengandungi base cardstock yang keras untuk support first layout di dalam album.

First layout dan dibelakangnya ialah 2nd layout untuk support.




Sebelum terlupa, ada juga pattern paper yang keras macam cardstock seperti dari Basic Grey. Terpulang kepada anda untuk menggunakan sebagai base atau embellishment.

08 May 2007

Peralatan untuk scrapbook.

Memandangkan ramai yang bertanya apakah peralatan yang diperlukan untuk memulakan scrapbook, Ida cuba susun dan dapatkan gambar-gambar khas untuk pendatang baru dalam arena scrapbook khas dari bilik scrapbook Ida. Harap dengan infomasi ini dapat memudahkan kawan-kawan yang hendak memulakan hobi ini. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-silu untuk bertanya...tiada siapa yang rugi melainkan anda sendiri :D

1. Gunting - cari saiz yang sesuai untuk gunting kertas (muncung agak tirus) dan banyak terdapat di kedai buku dan alatulis.

2. Gam - pilih yang tulis acid free atau 'photo safe'. Di Malaysia agak sukar mendapatkan gam dalam bentuk roller dengan harga yang murah. Ida guna jenama Tombo, antara yang termurah tapi bukan murah kerana harganya dalam belasan ringgit.

3. Craft knife atau blade - Pisau ni ada sekali dalam Making Memories Deluxe Tools , di kedai-kedai biasa juga ada menjual craft knife dalam sekitar harga rm10 ke atas. Craft Knife ini sesuai untuk memotong bentuk-bentuk seperti alphabet dan pelbagai motif, tapi Ida terketar-ketar pakai pisau ni sebab susah juga nak potong bentuk-bentuk serong. Masa ni terfikir pada pembuat wau betapa kuat dan berseninya tangan mereka dalam proses pemotongan dan ini pengetahuan kawan-kawan dulu mereka hanya menggunakan pisau kecil sahaja untuk memotong, tak dapat Ida nak bayangkan. 4. Cutting mat - harga dari RM15 ke atas dan ada pelbagai size. Sekarang Ida jarang menggunakan cutting mat kecuali untuk melapik setiap kali buat scrapbook memandangkan banyak proses memotong Ida gunakan paper trimmer.


4. Cardstock (acid free) - terdapat pelbagai jenama di pasaran tapi yang selalu scrapbookers guna ialah Bazzill cardstock sebab card dia mempunya perlbagai tekstur dan warna yang menarik. Hendak tahu rahsia jimatkan duit? Gunakan bahagian depan dan belakang, dan anda dapat jimat sehelai kertas.





5. Pattern paper (acid free) - terdapat pelbagai jenama di pasaran bergantung kepada citarasa anda. Basic Grey, S.E.I, Autum Leave, American Crafts dan pelbagai lagi jenama untuk dipilih. Saranan Ida beli bila hendak pakai sahaja melainkan anda mempunya duit lebih.




6. Pen (acid free) - untuk penulisan ataupun boleh juga guna print out dari computer (print di atas cardstock anda)

8. Album - terpulang kepada anda saiz yang hendak digunakan cuma pastikan ianya acid free.

9. Yang terakhir dan paling penting sekali ialah GAMBAR anda.

Itu saja? Ya itu saja. Jangan terlalu boros berbelanja melainkan anda memang mampu, hapuskan tanggapan orang bahawa scrapbook untuk orang berada saja. Scrapbook ialah untuk semua lapisan masyarakat yang ingin mengabadikan kenangan untuk generasi akan datang ,untuk dijadikan hadiah atau untuk tujuan lain terserah kepada anda. Tiada peraturan dalam scrapbook cuma terserah kepada daya kreativiti anda. Semoga panduan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang baru hendak bermula.

Jika anda mampu dan mahukan lebih lagi peralatan, Ida akan sambung bahagian 2 di mana banyak embellishments akan dibincangkan.

07 May 2007

Masalah....

Ida ada masalah nak upload barang dekat ecrater. Letih hari ni nak upload satu barang ambil masa 30minit. Sudahnya ida rasa kalau buat online shop dekat blog lagi mudah sebab senang nak view dan buyer lebih senang nak borak ngan kita melalui shoutbox..... Akan difikirkan ni..........

Mother's Day Exchange Gift



Hadiah untuk Blossom@cari sempena mother's day semoga Blos suka. Design dalam tu Ida buat sendiri pakai pattern paper, die cut frame, prima flower dan brads.
Ida dapat hadiah dari Rabunmalam, dua hadiah wah hebat nih! Nanti kalau dah terima hadiah tu Ida akan posting kat sini. Seronok betul ada orang nak organize exhange gifts. Congratulations untuk Mok Nik & Kak Noor sebab berjaya mengendalikan pertukaran hadiah ini. Oh ya terlupa hari tu 5th May ialah National Scrapbooking Days, Ida pun banyak termiss banyak cropping session online sebab sibuk dan dok sakit belakang.
Happy Scrapping!

02 May 2007

Lovescrap finally almost ready



Syukur, akhirnya my online store dah final stage. Kenapa Ida open online store? Sebab nak kumpul ramai kawan-kawan seluruh Malaysia dan joint my passion into scrapbook. So far barang belum banyak lagi cuma concentrate kepada paper dulu. Mudah-mudahan kalau ada sambutan bolehla stock up barang-barang lain. Harga? Jangan risau i didnt earn much sebab nak kongsi passion and not into profit sangat cuma buat lepas bayar duit streamyx setiap bulan jadilah. So kepada kawan-kawan yang diluar Kuala Lumpur bolehla order dengan confident.
Kawan-kawan welcome to visit my store though only have 3 items for now, i really need your feedback. Thank you so much.

http://lovescrap.ecrater.com/

Help me ya kot2 ada yang terlepas pandang......thanks.
Will add more items tomorrow.

01 May 2007

Great day of cropping.

Semalam ada cropping session kat rumah Salli. The best part berpeluang jumpa dengan dua orang lagi scrapbookers/scrappers.
Seronoknya dapat tengok album mereka dan berbual pasal kegilaan kami ni. Finally after a few years rupanya kat Malaysia memang dah ramai scrappers cuma tak berpeluang untuk jumpa dan berkenalan.
Thanks to Min, Nuri & Ros. It was an honor to meet all of you.

So my friends, alangkah bagusnya kepada sesiapa yang berminat tu kalau kita dpt sit and do cropping together. Free lesson and tips. Memang untung.......