10 April 2007

Brad



    'Brad' terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan amat sesuai digunakan untuk scrapbook dan kad. Ia menambahkan warna, tekstur, dan daya penarik dalam setiap hasil kerja. Brad juga merupakan salah satu hiasan (embellishments) yang mempunyai banyak fungsi. Di sini Ida akan menunjukkan cara menggunakan brad dan beberapa idea untuk digunakan dalam projek anda.
    Cara penggunaan :-
    1. Lubang diperlukan untuk memasukkan bahagian belakang brads yang bercabang. Tebuk kertas dengan menggunakan penebuk kertas (making memories) ataupun boleh juga menggunakan hujung gunting yang tajam, pin , jarum dan pisau kraf. Semasa menebuk jangan lupa lapik kertas anda di atas mouse pad untuk mengelakkan penebuk kertas patah.
    2. Kemudian masukkan bahagian belakang brad ke dalam lubang yang telah ditebuk dan terbalikkan kertas dan buka bahagian bercabang brad.
    Siap. Brad amat mudah digunakan dan tidak memerlukan peralatan yang khusus. Ini adalah salah satu sebab mengapa brad amat popular di kalangan 'scrapbookers'.Sebab lain adalah kerana brad agak murah.
    Brad kegemaran Ida setakat ini ialah dari Making Memories, mungkin belum terdedah lagi kepada jenama lain. Brad terdapat dalam perlbagai saiz, bentuk dan warna. Setakat ini Ida cuma ada small Making Memories brads.
    Contoh-contoh lain fungsi brad :-

    1. melekatkan transparency atau vellum

    2. menguatkan lapisan kertas

    3. bahagian atas tag

    4. penyambung ( untuk membolehkan kertas digerakkan)

    5. bahagian tengah bunga

    6. corners untuk gambar yang telah dilapik (mat)

    7. 'bullets' untuk senarai journaling

    Kebanyakan permukaan brad berkilat dan sempurna. Jika anda ingin 'rustic touch' , gosok permukaan brads dengan menggunakan kertas pasir.

    Jangan risau jika anda tidak mempunyai warna yang diinginkan ketika membuat scrapbook, cat permukaan brad menggunakan acrylic paint. Markers juga boleh digunakan pada brad yang berwarna emas atau perak.

    Heat embossing? Boleh juga.... celup bahagian atas brad dalam ink kemudian celup ke dalam embossing powder. Panaskan dengan menggunakan heating gun atau bahagian luar atas oven and anda akan mendapat shiny embossed brad. Idea ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan warna yang anda inginkan.

    Kawan-kawan (pembaca Ida ialah kawan Ida kan?) sekalian, jangan lupa mencuba dan kalau sudi bolehla berkongsi hasil anda disini. Brad amat mudah digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran. Tapi ingat, bijak berbelanja kerana scrapbook adalah hobi yang agak mahal terutamanya kita di Malaysia. Kalau anda mempunyai rakan yang mempunyai hobi yang sama, boleh kongsi untuk mengelakkan pembaziran.

    Mungkin suatu hari bila Ida dah ada banyak barang-barang Ida akan kongsi bersama anda disini, dapatlah Ida meneruskan hobi dan passion Ida ni. Buat masa sekarang Ida masih bertatih lagi...... happy scrapping!

No comments: