07 July 2007

Layout Basic

Beberapa elemen yang perlu kita pertimbangkan dalam merangka sesuatu layout bagi menghasilkan layout yang professional.

1. Size
Ada tiga size iaitu 8"x8", 8 1/2"x11" dan 12"x12". Pilih album yang sesuai dengan ukuran gambar dan jumlah gambar yang korang nak letak dalam layout.

2. Foto
Komponen yg paling penting sekali ialah foto, sebab foto ialah focal point dalam layout. Benda2 lain adalah kedua penting.

3. Background
Solid atau decorative cardstock atau patten paper adalah asas sesuatu layout(solid cardstock brand bazzill & pattern paper yang cardstock kualiti ada perlbagai brand) . Korang boleh pilih nak pakai warna yang sama untuk keseluruhan album ataupun guna warna yang berlainan untuk setiap page.


4. Mat
Tujuan mat ialah frame kepada gambar dan menambahkan tekstur. Warna yang dipilih bergantung pada background warna page korang.
Kontras dengan background tapi complement dengan foto. Safe color is black sebab ia complement dengan semua warna, tapi kalau background
hitam korang pakailah warna grey untuk matting. Tips ni memang berguna sebab Ida sendiri masa belajar hari tu cikgu tak ajar kena praktis sendiri baru tahu.

5. Title
Seperti lagu dan irama , macam tu gak title ngan layout korang. Tak lengkap page kalau tak ada title. Title macam statement kepada viewer (sapa2 yang korang bagi tengok album korang la) nak bagi tahu mereka siapa, di mana dan sebagainya pasal foto tu. Title boleh letak di mana2, nak tulis tangan, print, stamp , sticker, metal letter dan sebagainya pun boleh. Gunakan kreativi korang ....

6. Journaling
the writing on the page, nak pendek nak simple nak panjang berjela-jela suka hati korang la. Asalkan mesej yang korang nak bagi tu sampai dah la.

No comments: