Sesuatu yang lain.
Masa hantar Ireen ke sekolah tadi aku cuba menyelami perasaan aku sendiri bila melangkah masuk ke pintu pagar sekolah. Seingat aku semasa darjah satu , perasaan cemas sentiasa ada. Setiap hari aku dibuli , dicubit oleh seorang teman sekelas dan kebetulan duduk sebelah aku. Arg! Kenangan lama, manakan sama aku sekarang. Pengalaman lalu membuatkan aku lebih keras dan berani. Aku tidak mahu dibuli lagi. Aku bukan mangsa buli tapi aku bangkit akibat dibuli. Mungkin aku amat merendah diri amat takut untuk menonjolkan diri dan sifat itu masih ada lagi cuma kekuatan dan kesanggupan aku selalu mengatasinya. Ketika darjah enam, sekali lagi perkara ini berlaku. Seperti biasa aku melangkah ke kelas dan sampai saja di pintu bilik darjah , beg aku direntap keras oleh 3 sahabat baik yang sentiasa menarik perhatian semua dengan gaya dan gelagat mereka. Aku berlari ke bilik air kerana aku tidak mahu melawan balik kerana baru semalam aku menjahit dan meletakkan pin setelah beg itu hampir putus dan aku tidak mahu menyusahkan abah dan mak untuk membeli beg baru, sementelah aku amat menyayangi beg itu. Aku kembali ke bilik darjah setelah dipujuk oleh rakan karib aku yang sekarang masih lagi kekal sebagai rakan karib.
Aku berdoa dalam hati semoga Ireen tidak akan mengalami dan jika dia mengalaminya aku anggap sebagai satu bonus untuk dia mempelajari erti kehidupan. Selepas dia masuk ke sekolah perangai dia sudah banyak berubah. Lebih banyak bercakap dan aktif.Aku tidak mahu dia menyimpan perasaan atau masalah di sekolah. Aku mahu dia berkongsi suka duka dia sekolah bersama kami berdua , ibu dan bapanya.
- nukilan ini khas untuk anakku, semoga dia lebih mengenali ibunya.
Idea untuk anda - tulis apa saja yang terlintas difikiran anda khas untuk tatapan generasi anda! Priceless!
No comments:
Post a Comment