29 April 2007

Thanks hubby...


....kerana melayan kerenah dan kegilaan isterimu ini..
....kerana membeli meja untuk scrap
....kerana menolong menebuk lubang dan memasang penyangkut tin
....kerana membelikan barang-barang
....kerana memberikan masa
....kerana menyokong minat
....kerana tidak membebel setiap kali isterimu menghabiskan duit gaji untuk barang2 scrapbook

26 April 2007

Learning to walk

Makin bersemangat nak siapkan scrapbook Ireen, seronok setiap kali buat page kerana dapat mengingati kembali saat itu. Kali ni scrapbook ketika Ireen belajar berjalan, malangnya Ida tak rekod tarikh gambar itu diambil :(

Tapi bila ingat balik saat dia melangkah, betapa berdebarnya hati sebab takut dia jatuh dan terluka. Kalau boleh tak nak bagi dia keluar rumah langsung, tapi bila difikirkan sampai bila dan nak duduk bawah ketiak kita, suatu hari dia kena berdikari juga.







24 April 2007

Ireen's 4 teeth

Bazzil cardstock
Basic Grey pattern paper
MM scrapbook color
MM alphabet form
Black pen

Sempat lagi siapkan satu layout untuk malam ni...kalau dah gian susah nak berhenti.

21 April 2007

Hujung minggu

Hari ni rasa semangat sangat nak buat scrapbook..... kita tunggu hasilnya esok ya....mungkin dapat satu dan kalau terlebih rajin dapat dua...ops! Lupa pulak pagi-pagi esok kena pergi Ampang Sport Planet sebab ada futsal tournament.


19 April 2007

Cuba teka


Hi....Ida tengah bermurah hati...kepada sesiapa yang dapat memberitahu apakah Lovescrap berpeluang mendapat sekeping cardstock dari SEI dan pattern paper Caroless Creations. Imej kurang jelas, cardstock dan pattern paper berwarna pink.


Apakah Lovescrap ? Jawab melalui butang komen sebelum 24/04/2007.
(Ish ada ke orang sudi nak jawab ni....)

18 April 2007

Organised form stamps

1. Form yang berterabur dalam bakul.
2. Beli a4 box file
3. Tampal products label dekat bahagian dalam box file
4. Susun mengikut abjad

5. Siap...lebih mudah bila nak guna, jimat ruang dan kemas.
Selamat mencuba.

16 April 2007

Penulisan (Journaling)








Hasil penulisan yang baik dan berkesan dapat mengembalikan nostalgia.
Beberapa soalan untuk dikongsi bersama sebagai panduan dalam penulisan anda.


1. Bilakah gambar tersebut diambil? - tarikh, hari, masa


2. Dimanakah gambar tersebut diambil?


3. Adakah ia saat yang istimewa ? huraikan


4. Apakah perasaan anda ketika itu?


5. Imbas kembali apakan permandangan, bunyi, bau dan rasa apabila anda melihat gambar tersebut. (ambil sedikit masa untuk anda biasa dengan proses ini)


6. Adakah berlaku kejadian yang menggelikan hari, memalukan, peristiwa penting atau sedih berlaku pada hari tersebut?


7. Apakan yang berlaku pada dunia pada masa tersebut?


8. Apakan 'style' pada masa tersebut?


9. Jika selepas 20 tahun anda membuka kembali album tersebut, apakah yang anda ingin ingati berdasarkan gambar itu?


10. Jika keturunan anda baca album tersebut 20 tahun dari sekarang, apakah cerita yang hendak disampaikan kepada mereka?


Selamat berkarya.

10 April 2007

Brad



    'Brad' terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan amat sesuai digunakan untuk scrapbook dan kad. Ia menambahkan warna, tekstur, dan daya penarik dalam setiap hasil kerja. Brad juga merupakan salah satu hiasan (embellishments) yang mempunyai banyak fungsi. Di sini Ida akan menunjukkan cara menggunakan brad dan beberapa idea untuk digunakan dalam projek anda.
    Cara penggunaan :-
    1. Lubang diperlukan untuk memasukkan bahagian belakang brads yang bercabang. Tebuk kertas dengan menggunakan penebuk kertas (making memories) ataupun boleh juga menggunakan hujung gunting yang tajam, pin , jarum dan pisau kraf. Semasa menebuk jangan lupa lapik kertas anda di atas mouse pad untuk mengelakkan penebuk kertas patah.
    2. Kemudian masukkan bahagian belakang brad ke dalam lubang yang telah ditebuk dan terbalikkan kertas dan buka bahagian bercabang brad.
    Siap. Brad amat mudah digunakan dan tidak memerlukan peralatan yang khusus. Ini adalah salah satu sebab mengapa brad amat popular di kalangan 'scrapbookers'.Sebab lain adalah kerana brad agak murah.
    Brad kegemaran Ida setakat ini ialah dari Making Memories, mungkin belum terdedah lagi kepada jenama lain. Brad terdapat dalam perlbagai saiz, bentuk dan warna. Setakat ini Ida cuma ada small Making Memories brads.
    Contoh-contoh lain fungsi brad :-

    1. melekatkan transparency atau vellum

    2. menguatkan lapisan kertas

    3. bahagian atas tag

    4. penyambung ( untuk membolehkan kertas digerakkan)

    5. bahagian tengah bunga

    6. corners untuk gambar yang telah dilapik (mat)

    7. 'bullets' untuk senarai journaling

    Kebanyakan permukaan brad berkilat dan sempurna. Jika anda ingin 'rustic touch' , gosok permukaan brads dengan menggunakan kertas pasir.

    Jangan risau jika anda tidak mempunyai warna yang diinginkan ketika membuat scrapbook, cat permukaan brad menggunakan acrylic paint. Markers juga boleh digunakan pada brad yang berwarna emas atau perak.

    Heat embossing? Boleh juga.... celup bahagian atas brad dalam ink kemudian celup ke dalam embossing powder. Panaskan dengan menggunakan heating gun atau bahagian luar atas oven and anda akan mendapat shiny embossed brad. Idea ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan warna yang anda inginkan.

    Kawan-kawan (pembaca Ida ialah kawan Ida kan?) sekalian, jangan lupa mencuba dan kalau sudi bolehla berkongsi hasil anda disini. Brad amat mudah digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran. Tapi ingat, bijak berbelanja kerana scrapbook adalah hobi yang agak mahal terutamanya kita di Malaysia. Kalau anda mempunyai rakan yang mempunyai hobi yang sama, boleh kongsi untuk mengelakkan pembaziran.

    Mungkin suatu hari bila Ida dah ada banyak barang-barang Ida akan kongsi bersama anda disini, dapatlah Ida meneruskan hobi dan passion Ida ni. Buat masa sekarang Ida masih bertatih lagi...... happy scrapping!

Free Online Craft Magazine




Jumpa link ni masa google tadi, sesuai untuk crafter yang suka primitive style.
Enjoy!